SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

FALSAFAH PENDIDIKAN

Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan
ke arah
lebih memperkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang 
dan 
harmonis
dari segi
intelek,
rohani,
emosi,
dan
jasmani,
berdasarkan
kepercayaan
dan kepatuhan
kepada
Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia 
yang berilmu pengetahuan ,
berketerampilan,
berakhlak mulia,
bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri 
serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga,
masyarakat
dan
negara


MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid :
- Memupuk minat 
- Memperkembang keperibadian
- Memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar.  

 OBJEKTIF
Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah rendah murid boleh :
1.  Menghargai  keindahan alam ciptaan Tuhan
2.  Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif, kritis, kreatif  dan menyeronokkan
3.  Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera
4.  Mengenali asas seni reka dan olahannya serta dapat menggunakannya
5.  Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6.Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan  teratur, cermat dan selamat;
7.  Memupuk nilai kerjasama, yakin diri, disiplin  dan  bertanggungjawab
8.  Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air     
9.  Menggunakan kemudahan teknologi dalam  kegiatan penghasilan seni visual     
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai  aktiviti kesenggangan yang berfaedah
     
ORGANISASI KURIKULUM
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual disusun bertujuan  melibatkan murid dalam 
pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan 4 bidang 
utama.Pengalaman ini adalah untuk memperkembangkan dan menyelaras persepsi dan
konsepsi visual murid.
    
Pengalaman seni ini selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan 
penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental.
     
 Organisasi kurikulum ini merangkumi 4 aspek penting iaitu :
-Pemerhatian secara aktif.
-Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat & bahan.
-Apresiasi  seni visual secara mudah
-Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

PEMERHATIAN YANG AKTIF
 -->Kesedaran pemerhatian secara keseluruhan dan pemerhatian secara terperinci. 
--> Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap alam sekitar dan objek buatan 
      manusia

 INTERAKSI YANG KREATIF DENGAN ALAT DAN BAHAN
~Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam 
  mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.

~Murid-murid  membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan 
  benda-benda yang dilihatnya.
 
APRESIASI SENI VISUAL SECARA MUDAH  
~Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual 
dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan 
fungsi.
 
~Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari  
aspek seni melalui hasil kerja.
MENGHARGAI SIFAT BAIK DAN SEMUA ASPEK KEHIDUPAN
~Murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang 
  wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka.
 
        ~Memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan   
           dan kepekaan